Thursday, January 21, 2010

Buta.

"Cinta Itu Buta".

Gua sebenarnya kurang faham mengapa frasa yang se-bodoh ini boleh wujud dan diperbanggakan. Bagi gua, cinta itu tak buta pun. Kalau dah mata pun tak ada, macam mana pulak boleh nak jadi buta, kan kan kan?

Tapi kalau "Pencinta Itu Buta", memang gua tersangat bersetuju, memang tak dapat disangkal lagi la orang cakap kan. Mesti lu orang pun turut bersetuju dengan kata-kata nista gua ni. Dan lu orang yang sedang seronok bercinta tu pun mesti bersetuju dengan gua, cuma lu orang terpaksa-lah bersetuju jauh di sudut hati, demi menyedapkan hati sendiri dan pasangan masing-masing.

Gua rasa tak perlu-lah gua huraikan frasa "Pencinta Itu Buta" ni dengan lebih lanjut, benda simple kot. Budak yang baru belajar tatabahasa pun boleh paham.

Cuma lu orang nampak tak betapa CELIK-nya gua untuk menyedari hakikat ini. Oh mesti-lah lu orang tak nampak, maklumlah lu orang kan 'Pencinta'.

Ha-Ha.

=P

Wednesday, January 20, 2010

Lebih Sedikit, Lebih Tidak Baik.

Selalu jugak orang 'menasihati' gua supaya kurangkan merokok, "Jangan hisap rokok banyak sangat, tak baik untuk kesihatan"

Ya, gua hargai rasa ke-ambil-berat-an lu orang terhadap gua, cuma gua terpaksa tidak mendengar kata dan kurang bersetuju dengan hujah yang lu orang cuba sampaikan kepada gua.

Tapi gua bukannya menidakkan 'pesanan' tersebut tanpa sebarang hujah sokongan. Semuanya berdasarkan fizik, fizik kan kehidupan? Tak gitu? Ha-Ha.

Jadi setelah membuat sedikit analisis, gua pun dapat membuat suatu anologi.

Macam ni, cuba lu orang tengok paku. Paku adalah tajam, dan sifatnya adalah menyakitkan. Begitu juga dengan rokok, meskipun ianya tidak tajam, sifatnya juga adalah menyakitkan.

Tapi, kalau disusun beratus-ratus atau beribu-ribu paku yang sama kepanjangan, upside down, mestilah tak mustahil untuk berbaring diatasnya kerana tekanan dapat didistribute dengan even kepada paku-paku yang banyak tersebut.

Cuba pula kalau lu orang tegakkan sebatang atau dua batang paku, upside down, dan cuba baring diatasnya, mesti-lah tembus badan lu orang.

Jadi kita aplikasikan kepada rokok, sesuatu yang bersifat 'menyakitkan' macam paku juga, semakin banyak kuantiti yang dikonsum mesti-lah semakin steady. Tapi maksud gua bukan-lah lu orang tegakkan rokok-rokok yang banyak dan berbaring di atasnya, mesti-lah jadi rokok penyet, aduh, takkan tu pun gua nak bagitahu.

Dan sekarang mesti-lah lu orang dah tahu mengapa gua konsum banyak rokok, bagi lu orang yang hisap sekali-sekali, sebatang-dua, tingkatkan lagi usaha anda ya!

Ha-Ha.

=P

Sunday, January 17, 2010

Kerja Kosong.

Makan tido kencing berak jamming recording shooting men-setan-ing tiba2 rupanya dah dua bulan gua menganggur. Peh tak rasa langsung la siak masa berjalan bila keadaan kehidupan sangat rilek macam ni. I Loike =)

Gua rasa macam tak sanggup nak bekerja, tak sanggup nak tinggalkan kehidupan yang menyeronokkan macam ni. Bila dah kerja tak boleh la nak jadi macam ni lagi. Tak boleh nak bangun lambat, tak boleh nak tidur lepas ayam berkokok, tak boleh nak mandi pagi di waktu petang, tak boleh berpakaian koyak rabak dan tak semenggah di siang hari, dan tak boleh nak tengok Spongebob Squarepants. Fucker betul. I don't like =(

Tapi lu orang dan gua orang harus ingat, bukan semua yang menyeronokkan tu adalah percuma. There's a price to pay. Macam gua, walaupun kehidupan gua sangat rilek setiap hari, ada satu perkara yang merunsingkan gua.

Makin lama duduk rumah tanpa berbuat apa-apa, gua akan kerap makan kerana mak gua selalu masak dan ianya adalah sedap dan menggoda, jadi apabila gua kerap makan, dengan banyak, tanpa bersenam, lu orang pun tau apa yang akan melanda gua, pasti gua tak akan boleh menyarung skinnys gua lagi. Jadi ini adalah satu musibah yang wajib gua elakkan.

Jadi setelah memikirkan segala konsekuensi, gua bernekad untuk menghadiri sesi interview esok pagi dan berharap gua akan diterima bekerja. Apabila gua dah bekerja, pastinya gua akan jarang berada di rumah, dan pastinya gua akan jarang makan, dan pastinya gua dapat membeli skinnys yang lebih kecil lagi! Jadi gua pun akan sentiasa gembira. Yeahoo I loike =)

Jadi lu orang doakan-lah gua diterima bekerja untuk kegembiraan kita bersama!

Eh lagipun gua dengar, kalau dah kerja, hidup lebih terjamin kononnya, dan kalau hidup dah terjamin kononnya, mesti girlpren 'suka' dan semakin 'sayang' dan tak berlalu pergi. Betul ke?

Ha-Ha

=P

Sunday, January 10, 2010

Brand New Year, Brand New Makwe.

...dan akhirnya gua pun tahu apa yang berada di dalam fuckin' kotak.







































































...dan jangan dikejutkan Supr[A]rmy yang sedang tidur.















Yeah Yo!

=P

Friday, January 8, 2010

Wonder.

I juz got a box today.

A big box.

I wonder, what the fuck is inside the box.














You have any idea what the fuck is inside the box, mang?

Tapi sori, tiada hadiah untuk jawapan yang betul

=P

To be continued...

Tuesday, January 5, 2010

Brand New Year, Brand New Stuff.

Setelah beberapa ketika sejak gua habis belajar tempohari gua luangkan untuk menyetan bersama Pulut Steady, Kerk Razors, Kucaie Hazard, dan Timmy Dangerous, hari ini dapatlah gua berkongsi sedikit sebanyak hasil titik peluh gua orang dengan lu orang.

Untuk mendengar single terbaru dari band kami Young And Dangerous yang bertajuk "Tidak Peduli", sila klik: YOUNG AND DANGEROUS

Kalau lu orang kat opis, ajak la bos tu layan sekali. Keh keh keh.

Semoga lu orang menyukai lagu ini dan marilah bersama-sama kita nyanyikannya bersama-sama di mana-mana, pada bila-bila masa dan tak ketinggalan juga seisi keluarga *wink* *wink*

Oh btw, walaupun lu orang tak pernah meninggalkan komen di blog gua, gua sangat appreciate jika lu orang dapat meninggalkan komen yang positif mahupun negatif terhadap lagu "Tidak Peduli", untuk kebahagian kita bersama. Yeah Yo!

Ni gua letak sikit gambar-gambar semasa proses rakaman. Layan.





















































































BUDAKPANJANG & YOUNG AND DANGEROUS LOVE YOU!

=*

Thursday, December 31, 2009

Azam.

Untuk beberapa tahun kebelakangan ni gua tak pernah rasa-kan kedatangan tahun baru sebagai sesuatu yang berbeza. Apa bezanya di antara hari terakhir tahun sebelumnya dengan hari pertama tahun seterusnya? Just another day.

Ya mungkin ada perbezaan, tapi cuma perbezaan dalam konteks hari dan tarikh, kalau hari ini hari Khamis, besok hari Jumaat. Begitu juga kalau hari ini 31 Disember, Esok 1 Januari. Malahan hari-hari pun perbezaan yang macam ni berlaku. Macam gua katakan, just another day.

Tapi gua tak salahkan diri gua sedikit pun disebabkan mempunyai perasaan yang tak-angkat- peduli seperti ini, ye la bodoh-lah gua kalau menyalahkan diri sendiri. Baik gua salahkan orang lain. Heh heh heh.

Oh sebenarnya sebab utama gua merasakan kedatangan tahun baru sebagai sesuatu yang membosankan kerana untuk beberapa tahun sebelum ini status gua tiap-tiap tahun pun adalah pelajar. Tiap-tiap tahun pun perlu ke kelas, tiap-tiap tahun pun perlu buat assignment, tiap-tiap tahun pun perlu buat projek. Kan ke menjadikan gua lebih malas nak angkat tahu pasal kedatangan tahun baru, tak gitu? Mestilah gitu kan kan kan?

Jadi setelah gua menamatkan alam pembelajaran dalam tahun 2009, gua dapat merasakan 2010 akan menjadi tahun yang lebih 'tendang-bontot' dalam kehidupan gua. Tapi gua tak terlintas pulak nak memasang apa-apa azam. Buat masa ni gua hidup secara present. Apa yang akan jadi esok, esok punya cerita. Apa yang dah terjadi semalam, gua boleh katakan pergi mati.

Eh tapi bila gua baca balik entri ni, dengan tiba-tiba gua rasa untuk tahun 2010 ni gua akan jadi lebih tak-angkat-peduli. Hmm on a second thought, ini namanya bukan tak-angkat-peduli cuma KBSS ;)

Alamak yu ollz, dah banyak sangat la gua menulis. Cukup la setakat ni. Apa-apa hal pun, di samping kata yu ollz "hidup mesti terus", ARAB pun mesti terus tau tau tau.

Dan apa yang cuba gua sampaikan sebenarnya dalam entri ini adalah kepada semua yu ollz yu ollz yang bernama Azam di luar sana, Selamat(just another) Tahun Baru! Ramai betul sebut nama yu ollz time-time macam ni kan, jeles i.

Ahakz.

=P